Wednesday, February 13, 2013

ABU

Namanya ABU - pakar 'Menyaku',
Dari lautan biru hingga ladang lembu;
Akan dia gaut dan sapu,
Tak pernah ABU puas akan nafsu.

Dibelinya kapal mengawal lautan biru,
Berjuta ribu gebu dibuatnya saku;
Dikorbannya pula nyawa gadis Ayu,
Dosa ditanggung pegawai uniform biru.

Kerabat ABU berkenan bisness tenusu,
Malang ilmu cuma tiga suku;
Daging tiada jauh sekali diperahnya susu,
Yang tinggal ladang lapang lagi berdebu.

Apa harus kita rakyat perlaku?
Masa singkat tidak menunggu;
Ayuh kita bakarnya sampai jadi ABU,
Biar Malaysia menghirup udara baru!

Tuesday, November 6, 2012

831


831 yang kita semua tahu,
831 tarikh bebasnya tanah air Ku;
831 disambut sekalian, engkau dan aku,
831 tarikh kemerdekaan Negara Ku


Kini, 831 mencetus  huru-hara,
Bercelaru  segenap rakyat jelata;
831  dipersoal tua dan muda,
Apakah 831 bakal membebankan kita?


Wujudnya  831 menjadi persoalan,
Lebih menghukum daripada penyelesaian;
Rakyat  minta dan nanti penjelasan,
Siapakah yang bakal mendakap habuan?

 
Hai, 831 yang  kita kenali dan sanjungi,
831 kini dipertikai dan menghantui;
Rakyat, menteri serta para kroni,
831 AES yang disangsi lagi kontroversi!

*it was reported that 831 Automated Enforcement System (AES) will be up and running on our roads in stages soon.

Thursday, August 30, 2012

Janji Diketepi


55 tahun Negara ku berdikari,
Tanah bertuah menabur pelbagai mimpi.
Sini rakyat hidup dan menabur bakti.
Demi Negara ku yang dikasihi.

Namun pemimpin mula meragui,
Kesetiaan rakyat yang selama ini;
cuma tersemat dalam hati,
biar ketidakpuasan membara api.

Demi menambat rakyat yang tawar hati,
akan pimpinan berasaskan kroni.
Maka diumpannya pelbagai Janji,
Serta wang ringgit berguni-guni.

Laungan slogan menjulang langit tinggi,
Konon rakyat lupa dan tak kenang budi.
Lantas  pelbagai Janji telah didiri,
Demi mengabui minda dan naluri.

Support me maka Janji diberi,
So, you’ll not walk sendiri;
Hadirlah di stadium malam nanti,
Habuan menanti – Janji Ditepati!
 
Kononnya pelbagai Janji telah diberi,
Rakyat menanti  kroni loncat happy;
Kononnya pelbagai Janji telah ditepati,
Kroni berahi rakyat dianak tiri dan khianati!

Namun aku tetap berJanji:

Segenggam tanah di tangan,
Tersergam megah tanah pusaka;
Tanah bertuah tempat kelahiran,
Tanah rahmat tapak pusara.



 
 
 

Saturday, November 26, 2011

The Book and The Bill

The Book - Matthew 18:20
For where two or three gather in my name,
There am I with them.

Piss-ful Ass. Bill 11:2011
For two or three gather in any lorong or lane,
Then the officer will come to them.


The Book - Matthew 19:14
Let the children come to me.
Don’t stop them!
For the kingdom of heaven belongs to those who are like these children.


‘Cash Bill’ 250:2011
Let the bull and money come to me.
Don’t stop Mam!
For the kingdom of sin belongs to those who are like these tyrants.

The Return of BolehLand KOboi

Prelude:
“Lembu punya susu, sapi dapat nama;
Agihan dana diragu, rakyat dapat derita.”

Akhirnya bersuara juga dia,
Nafi dan putar belit segalanya;
Tidak! Tidak! Fitnah dakwanya,
Umpama lakonan teater nadanya.

Etika kerja bukan persoalannya,
Yang dipertikai performance dan hasilnya;
Serta kesangsian agihan dana;
Jelas segalanya silap pada langkah pertama!

Sememangnya koboi kuat bekerja,
Kuat lagi kerja si apek, nyonya dan tata;
Tidak mereka dianugerah pingat dan RM berjuta,
Yang diberinya RM500 umpan pilihanraya!

Habis sandiwara keringlah air mata,
Apalah salah mengaku saja;
Nanti diwarta projek lain pula,
Kan rakyat Malaysia mudah lupa!

Conclusion:
She works Hard for the money,
We work Hard for the country;
All the wealth dibawanya lari and jolly,
Rakyat punya suffering siapa ambil peduli?!

Monday, November 7, 2011

KOboi BolehLand

Wanita Bolehwood mata syahdu,
“Pembela” nasib wanita dan ibu;
Enggan dia masak dan jahit baju,
Ingin dia menjadi gembala lembu.

Diwartanya wang ringgit berjuta ribu,
Kerajaan menghulur rakyat mengadu;
Ditubuh syarikat kerabat dan sekutu,
Berurus niaga daging dan susu.

Masalahnya pengurus tidak berilmu,
Ditanam tebu didapatnya ubi kayu;
Madu diminta, diberinya hempedu,
Disoal rakyat nanti jawabnya, “Apa tu…?”

Lembu berkeliaran tanpa tuju,
Agaknya dibela semua lembu “Batang” dan “Batu”;
Kasihan lembu tak dapat bercumbu,
Manalah nak dapat anak dan cucu?

Ladang keluasan berbatu-batu,
Sayang keluaran cuma satu suku;
Jauh dari target yang dipersetuju,
Namun dipuji oleh mereka tiga suku!

Jelas ini episod Bohong Tipu,
Oleh mereka yang mewakili kau dan aku;
Berapa lama lagi harus kita menunggu?
Sampai nasib Negara hancur berdebu!

Saturday, October 29, 2011

Lambat, Lewat & .....

Tanya cikgu: Mengapa Lambat?
Jawab murid: Bas sekolah sesat.
Tanya majikan: Mengapa Lewat?
Jawab pekerja: Highway sumbat.

Tanya rakyat: Mengapa Laporan Audit Lambat dan Lewat?
Jawab kerajaan: Nanti. Tunggu. Sat….
Ini adalah sandiwara wayang KULIT!
Tok Dalang belum puas mencari DUIT!

Maka tertangkaplah yang terlibat,
Dituduhnya mereka yang bersuhabat.
Tanya Hakim: Belum dihukum dah muka pucat?
Jawabnya: Yang Arif. Apa boleh buat, saya telah diLiwat!

Hebohlah berita hari esok, lusa dan tulat,
Akhbar punca rakyat meloya & meluat;
Yang benar diputar, yang lurus dibelit,
Membuat perpaduan negara makin sulit.

Ingin anak mengurai maksud tersirat,
Istilah tidak dipelajari dalam Kajihayat.
Ditanya pada ibu antara Lewat dan Liwat,
Jawab ibu: Tanya ayah bila balik dari pejabat!

Tercari-cari anak di website hangat,
Sehingga hari larut dan Lewat;
Tak tertunai juga apa yang dihajat,
Gara-gara broadband yang Lambat.

Sekali lagi anak bangun Lewat,
Tanya cikgu: Mengapa Lambat?
..........

Beginilah senario negara dicintai amat,
Biar adanya perlembagaan ketat;
Berita disebar secara public dan sulit,
Bagai rancangan berulang station TV satelit.