55
tahun Negara ku berdikari,
Tanah
bertuah menabur pelbagai mimpi.Sini rakyat hidup dan menabur bakti.
Demi Negara ku yang dikasihi.
Namun
pemimpin mula meragui,
Kesetiaan
rakyat yang selama ini;cuma tersemat dalam hati,
biar ketidakpuasan membara api.
Demi
menambat rakyat yang tawar hati,
akan
pimpinan berasaskan kroni.Maka diumpannya pelbagai Janji,
Serta wang ringgit berguni-guni.
Laungan
slogan menjulang langit tinggi,
Konon
rakyat lupa dan tak kenang budi.Lantas pelbagai Janji telah didiri,
Demi mengabui minda dan naluri.
Support
me maka Janji diberi,
So,
you’ll not walk sendiri;Hadirlah di stadium malam nanti,
Habuan menanti – Janji Ditepati!
Kononnya pelbagai Janji telah diberi,
Rakyat menanti kroni loncat happy;
Kononnya pelbagai Janji telah ditepati,
Kroni berahi rakyat dianak tiri dan khianati!
Namun aku tetap berJanji:
Segenggam
tanah di tangan,
Tersergam
megah tanah pusaka;Tanah bertuah tempat kelahiran,
Tanah rahmat tapak pusara.
No comments:
Post a Comment