Wednesday, July 6, 2011

Cabaran Guru Bahasa......

Datangnya tanggal 9 Julai,
Yang berkumpul harus disurai;
Yang berarak bakal dirantai,
Yang degil akan dibantai!

Perkataan "Bersih" ditakuti,
Warna Kuning amat digeruni;
"Bersih" akan dikaji teliti,
Dalam Kamus Dewan terkini.

Wahai guru yang disanjungi,
Penggunaan "Bersih" harus diamati,
Dalam karangan mahupun essei;
Kalau boleh dihindar sama sekali!

Maka diperintahnya pihak atasan,
agar perkataan "Bersih" dimansuhkan.
Dari teks serta Kamus Dewan.
Disertakan sini panduan dan penggunaan.

Arahan:
Perkataan BERSIH tidak lagi sesuai,
BERSIH harus ditukar ganti.
Perhatikan contoh ayat di sini,
BERSIH tidak disebut sama sekali.


"Bandaraya Tidak Kotor, Bandaraya Ceria"
"Murid sekolah harus berpakaian Tidak Kotor"
"KeTidak-Kotoran kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua"

Bagaimana dengan perkataan Kuning?
Haruskah ia diterbalik pusing?
Maaf, pakar bahasa sudah pun pening,
Tunggulah saja surat pekeliling!