Tuesday, November 6, 2012

831


831 yang kita semua tahu,
831 tarikh bebasnya tanah air Ku;
831 disambut sekalian, engkau dan aku,
831 tarikh kemerdekaan Negara Ku


Kini, 831 mencetus  huru-hara,
Bercelaru  segenap rakyat jelata;
831  dipersoal tua dan muda,
Apakah 831 bakal membebankan kita?


Wujudnya  831 menjadi persoalan,
Lebih menghukum daripada penyelesaian;
Rakyat  minta dan nanti penjelasan,
Siapakah yang bakal mendakap habuan?

 
Hai, 831 yang  kita kenali dan sanjungi,
831 kini dipertikai dan menghantui;
Rakyat, menteri serta para kroni,
831 AES yang disangsi lagi kontroversi!

*it was reported that 831 Automated Enforcement System (AES) will be up and running on our roads in stages soon.

Thursday, August 30, 2012

Janji Diketepi


55 tahun Negara ku berdikari,
Tanah bertuah menabur pelbagai mimpi.
Sini rakyat hidup dan menabur bakti.
Demi Negara ku yang dikasihi.

Namun pemimpin mula meragui,
Kesetiaan rakyat yang selama ini;
cuma tersemat dalam hati,
biar ketidakpuasan membara api.

Demi menambat rakyat yang tawar hati,
akan pimpinan berasaskan kroni.
Maka diumpannya pelbagai Janji,
Serta wang ringgit berguni-guni.

Laungan slogan menjulang langit tinggi,
Konon rakyat lupa dan tak kenang budi.
Lantas  pelbagai Janji telah didiri,
Demi mengabui minda dan naluri.

Support me maka Janji diberi,
So, you’ll not walk sendiri;
Hadirlah di stadium malam nanti,
Habuan menanti – Janji Ditepati!
 
Kononnya pelbagai Janji telah diberi,
Rakyat menanti  kroni loncat happy;
Kononnya pelbagai Janji telah ditepati,
Kroni berahi rakyat dianak tiri dan khianati!

Namun aku tetap berJanji:

Segenggam tanah di tangan,
Tersergam megah tanah pusaka;
Tanah bertuah tempat kelahiran,
Tanah rahmat tapak pusara.