Thursday, August 30, 2012

Janji Diketepi


55 tahun Negara ku berdikari,
Tanah bertuah menabur pelbagai mimpi.
Sini rakyat hidup dan menabur bakti.
Demi Negara ku yang dikasihi.

Namun pemimpin mula meragui,
Kesetiaan rakyat yang selama ini;
cuma tersemat dalam hati,
biar ketidakpuasan membara api.

Demi menambat rakyat yang tawar hati,
akan pimpinan berasaskan kroni.
Maka diumpannya pelbagai Janji,
Serta wang ringgit berguni-guni.

Laungan slogan menjulang langit tinggi,
Konon rakyat lupa dan tak kenang budi.
Lantas  pelbagai Janji telah didiri,
Demi mengabui minda dan naluri.

Support me maka Janji diberi,
So, you’ll not walk sendiri;
Hadirlah di stadium malam nanti,
Habuan menanti – Janji Ditepati!
 
Kononnya pelbagai Janji telah diberi,
Rakyat menanti  kroni loncat happy;
Kononnya pelbagai Janji telah ditepati,
Kroni berahi rakyat dianak tiri dan khianati!

Namun aku tetap berJanji:

Segenggam tanah di tangan,
Tersergam megah tanah pusaka;
Tanah bertuah tempat kelahiran,
Tanah rahmat tapak pusara.