Monday, November 7, 2011

KOboi BolehLand

Wanita Bolehwood mata syahdu,
“Pembela” nasib wanita dan ibu;
Enggan dia masak dan jahit baju,
Ingin dia menjadi gembala lembu.

Diwartanya wang ringgit berjuta ribu,
Kerajaan menghulur rakyat mengadu;
Ditubuh syarikat kerabat dan sekutu,
Berurus niaga daging dan susu.

Masalahnya pengurus tidak berilmu,
Ditanam tebu didapatnya ubi kayu;
Madu diminta, diberinya hempedu,
Disoal rakyat nanti jawabnya, “Apa tu…?”

Lembu berkeliaran tanpa tuju,
Agaknya dibela semua lembu “Batang” dan “Batu”;
Kasihan lembu tak dapat bercumbu,
Manalah nak dapat anak dan cucu?

Ladang keluasan berbatu-batu,
Sayang keluaran cuma satu suku;
Jauh dari target yang dipersetuju,
Namun dipuji oleh mereka tiga suku!

Jelas ini episod Bohong Tipu,
Oleh mereka yang mewakili kau dan aku;
Berapa lama lagi harus kita menunggu?
Sampai nasib Negara hancur berdebu!

No comments:

Post a Comment