Wednesday, April 14, 2010

Apa Ada Dalam Nama?

Harimau mati tinggalkan belang,
Manusia pergi tinggalkan nama;
Batang Berjuntai nama dijulang,
Identiti anda tetap dibangga.

Tempoh hari pulang ke kampung halaman yang telah lama saya ketepikan selama ini; alasannnya sibuk dengan tugasan harian.Kan ini alasan yang standard?

Sebaik saja masuk kawasan pekan, ternampak papan tanda tertera "Bestari Jaya" atau "Bestari Berjuntai" (saya keliru mana yang sah) dan di bawahnya ditulis (Batang Berjuntai) dengan font yang kecil. Ini sebenarnya hasil kerja dan idea kerajaan pimpinan Selangor yang lalu. Kononnya nama Batang Berjuntai itu terlalu lucah bunyinya!?

Sudah sekian lama penduduk pekan ini menggunakan nama Batang Berjuntai dan tak pernah pun mereka merasakan itu suatu yang lucah atau mengghairahkan. Biasanya orang luar yang kali pertama terserampak atau terdengar nama ini akan terukir senyuman dan tergambar di atas kepala mereka (seperti dalam komik) benda-benda atau lakaran yang........

Dalam cerita wayang gambar - Ali Setan terbitan tahun 80-an; apabila budak (rasanya budak ni memang dari pekan Berjuntai Tin,Batang Berjuntai; macam pernah jumpa dia)yang memperkenalkan dirinya dalam kelas di USM tu memang ramai rakan sekelasnya tersenyum dan ketawa. Apa pula reaksi para penonton di dalam panggung wayang (dulu memang digelar gitu dan bukannya cineplex)? Tidak semua penonton yang dapat tangkap maksud tersirat yang sengaja diselitkan oleh pengarah filem tu.Ini menunjukkan tafsiran orang yang dengar dan lihat sesuatu nama itu adalah berbeza-beza atau bergantung kepada tahap 'pencemaran' minda mereka.

Saya sendiri pun tidak terlintas dalam kepala saya akan maksud yang tersirat di sebalik nama pekan yang saya diami selama ini sehinggalah saya ditegur dan ditertawakan oleh para pegawai yang menemuduga saya semasa saya memohon masuk belajar di kolej. Dari situlah saya berhati-hati apabila menyebut nama Batang Berjuntai. Akhirnya saya mengambil inisiatif hanya menyebut Kuala Selangor sahaja apabila ditanya tempat tinggal saya. (Batang Berjuntai sememangnya terletak di dalam daerah Kuala Selangor). Ini seolah-olah apabila ditanya orang putih "Where do you come from?" , seandainya jawaban anda "Malaysia" terngangalah mulut si mat salleh itu. Jadi jawablah "country-north of Singapore" atau "Country-south of Thailand".

Jadi apa ada dalam nama? Ini terserahlah pada individu untuk menafsir nama tersebut. Kalau nama itu dah dipakai berkurun lama dan tidak mendatangkan sebarang hura hara, apalah gatal sangat nak ditukarnya? Setahu saya, sekali keputusan dibuat untuk menukar nama kampung saya itu ke Bestari Jaya atau Bestari Berjuntai, dah berapa banyak wang ringgit dan tenaga dibelanjakan? Dari papan tanda yang baru (orang tengah serta sogokan pasti silih bertukar tangan) serta tenaga kerja untuk memacak papan tanda itu (ini diheboh kerana kononnya menjana peluang pekerjaan?) banyak masa dan wang ringgit telah terbuang begitu saja. Hasilnya? Pergi dan tanya atau pasang telinga saja apa yang disebut oleh penduduk tempatan. "Batang Berjuntai"; ini yang disebut orang luar tapi penduduk tempatan dengan selamba menyebut: Batang Juntai atau ringkasnya BB saja. Kesimpulannya: Idea dan rasional dibalik penukaran nama itu tidaklah tercapai 100% dan tinggal idea saja.

Tidaklah tahu apa tahap pencemaran pemikiran pegawai-pegawai yang membuat keputusan untuk menukar nama Batang Berjuntai yang bagi saya cukup unik dan indah. Apalah salahnya kalau batang ini berjuntai? Inikan lebih baik daripada batang yang terjuntai? Tanyalah para doktor atau adik-adik lelaki kita keadaan mana yang lebih baik; Berjuntai atau Terjuntai? Lucah? Ia hanya lucah seandainya pemikiran kita yang lucah. Seperti gambar potrait model yang bogel, lucah? Tapi untuk para artis atau mereka yang berkecimpung dalam seni ini dipanggil ART atau SENI.

Yang menarik perhatian saya lagi adalah satu tempat yang tidak jauh dari BB tadi iaitu Kampung Menyorok di Batang Kali (Batang lagi?) yang kini sedang dalam bahang pilihanraya kecil yang bakal berlaku pada hujung bulan ini. Sesiapa yang menggunakan jalan lama ke Genting Highland melalui pekan Batang Kali pasti akan nampak papan tanda kampung ini. Soalan saya ialah mengapa tidak ditukar nama kampung ini? Bukankah nama ini akan memberi satu gambaran penduduk-penduduk kampung in semuanya melakukan aktiviti yang tidak senonoh kerana kena menyorok apa saja yang mereka ada?Bukan gitu? Atau pun sesuatu yang tak senonoh tu tidaklah seburuk yang lucah dan mengghairahkan? Maka terselamatlah nama Kampung Menyorok ini.....

Biarpun nama telah ditukar namun identiti kami yang bergelar "Dari Batang Berjuntai" masih kuat membara....biar di mana saja. So, where are you from? Lu mana mali?



1 comment:

  1. are u in arena politik?...if not its a great lost to d party...cz u r still d same...dare to voice out n having grEaT ideas abt thingy around u....hehehe<3

    ReplyDelete