Thursday, April 22, 2010

I pay you! Please, be my friend....

"Ama Ama bukalah pintu,
Jangan biar aku lama menunggu;
Anak bawa berjuta ribu,
Sudilah Ama jadi kawan aku!"


"Can't buy me love...." lagu zaman remaja,
Everybody tells me so...." tambahnya mereka;
Begitulah kata-kata ringkas ungkap mereka,
Isi lagu yang mudah difahami kita semua.
Inilah nyanyian kumpulan The Beatles yang dipuja.

Ibu bapa ku pernah berkata,
guru pun memberi nasihat yang sama;
Persahabatan tidak boleh dijaja,
begitu juga dengan perasaan cinta.
Tidak boleh dibeli dan niaga.

Sebarang hubungan yang dibina,
atas wang ringgit dan harta;
tidak akan bertahan lama.
Bagai mahligai pasir yang dibina,
sekali air bah sekali pasir berubah rupa;
hancur berkecai tanpa tinggal tanda.

Janganlah menjauhi kita semua,
demi kepentingan diri saya.
Tidak sanggupkah anda,
dengan pujuk rayu dinda?
Kan ku bentangkan semua rahsia,
menunjukkan komitmen saya.

Akan ku bawa bersama,
wang ringgit berjuta-juta,
demi perhubungan kita berdua.
Dan jangan ditanya puncanya,
asalkan engkau angguk kepala,
sudilah jadi dampingan saya.

Biarlah orang mengata,
wang ringgit berjuta-juta;
seharusnya dibina rumah untuk yang papa.
Atau didirinya rumah berhala dan gereja,
serta kebajikan rakyat jelata;
demi kebaikan dan pahala.

Sudilah jadi teman saya,
biar pun seketika.
Puas hawa nafsu saya,
dapat berdamping biar sekelip kamera;
pasti nama ku tersebar seluruh dunia.
Kerana engkau memang ternama.

No comments:

Post a Comment