Monday, April 26, 2010

Support me and I'll reward you!

"Support me means you sokong parti,
So, you'll not walk alone;
Support him means you tak kenang budi,
So, forgetlah whatever loan."



Akhirnya dilabuh juga tirai,
lautan manusia menghilang diri.
Hiruk-pikuk lesap mengundang sunyi.
Anak sungai mengalir sepi;
Empangan megah menadah pelangi.
Hulu Selangor kembali menyendiri.

Kalau diingat kembali,
kisah yang lalu cuma beberapa hari.
Pengunjung datang berlori-lori,
berkumpulnya mereka di Batang Kali,
dengan pelbagai tujuan dan misi.
Baik mempertahankan diri atau merampas kembali,
kubu yang telah silih berganti.

Kemenangan sudah mereka perolehi,
"Yum Seng!" disambut semua kroni.
Yang diminum Johnny,Brandy;
barli atau pun sekadar kopi.
Tiada orang yang mengambil tahu dan peduli.
Kerana isu minum telah menjadi history.

Ada yang ingin menjadi Hang Tuah masa kini,
mempertahan bangsa,agama serta orang asli.
Maka dicadangnya pada parti,
supaya dihukum mereka yang tidak kenang budi.
Kononnya tidak setia pada parti,
harus disekat sebarang yang telah dijanji.

Kesian apek cina terkapai-kapai,
serba salah dan tidak mengerti.
Diluah,ditelan sama saja mati,
harus dipertimbang parti atau harga diri?
hanya mereka yang mengerti.
Sudah lama mereka mengabdi.

Jelas apek ada dignity,
tegas pada prinsip dan harga diri.
Ingat,mereka bukannya gadis sunti atau isteri;
yang boleh dinodai dan ditiduri.
Sudah lama rakyat memerhati,
segala baik buruk laku jelas dalam jari.

Tidakkah anda semua mengerti,
buangan undi suatu proses demokrasi?
Tidak kisah siapa yang diundi,itu pilihan peribadi.
Bagaimana dengan mereka yang lompat parti?
Bukankah mereka sama tidak kenang budi,
atau busuk hati?

Begitulah by-election sudah selesai,
biarpun poket kosong dan habis wang langsai;
masa untuk Yang Bertugas menunaikan janji.
Biar Melayu, Cina, India mahu pun orang asli;
semua mereka rakyat negara ini.
Sememangnya mereka layak menikmati.

Inilah pilihanraya yang heboh sekali;
keheningan Hulu telah dinodai.
Akan ku sediakan Tongkat Ali,
untuk menguatkan minda diri,
menantikan By-Election yang satu lagi.
Yang ditaburi wang ringgit berguni-guni.

No comments:

Post a Comment