Monday, April 19, 2010

Yes, I do; but....

Yang merah itu saga,
Yang indah itu bahasa;
Wahai yang merungut di sana,
Apa peranan anda dalam keluarga?

Recently there were reports on teachers; they urged those who join the profession to make sure that they LOVE the job or else don't step in and don't complain of your job!

Yes, we do read all these in the papers or even heard parents making such a remark. Teachers, do you love your job? And do you remember the question posted to you when you went for the interview to get a place in the Maktab?

"Mengapa anda memilih menjadi seorang guru?" asked the interviewer.
"Saya........"

Maka menjadilah seorang guru sampai sekarang. Rata-rata para guru zaman sekarang merungut tugas mereka bukan terhad pada mengajar sahaja malah ia merangkumi pelbagai tugasan yang biasanya mengganggu perancangan mereka dalam mengajar dan mendidik. Sebut saja apa yang dilakukan oleh surirumah, pembantu rumah, pengasuh kanak-kanak serta ibu bapa; itulah yang dilakukan oleh para guru masa kini. Besar harapan masyarakat serta kementerian terhadap guru. Guru harus mendukung falsafah negara dalam mendidik generasi muda serta memikul tanggungjawab sebagai 'nanny' bagi pihak ibu bapa yang 'melepas tangan' terhadap penjagaan anak-anak mereka di sekolah.

Sememangnya semua (mungkin adalah segelintir tidak) para guru yang memilih profesion ini suka akan profesion mereka. Mereka adalah jurutera insan yang sudah lama telah dipandang rendah serta tidak dipandang berat oleh masyarakat. Profesion guru biasanya dianggap kebanyakan orang sebagai kerja kelas kedua malah mungkin lebih rendah dari itu. Malah guru juga dipandang rendah oleh mereka yang berada (bukanlah semua). Pernah seorang taukeh berkata dengan nada yang sinis, "Hai, cikgu pun kena bayar income tax?" Katanya begitu bukan kerana guru kakitangan kerajaan dan tidak perlu membayar cukai tetapi anggapnya gaji guru begitu rendah dan tidak layak / perlu membayar cukai pendapatan!

Bayangkanlah gaji yang seribu dua dengan keluarga kecil atau sederhana harus mengharung dunia yang serba memerlukan wang ringgit untuk bertahan di kawasan bandar! Perut guru tidak akan kenyang dengan pujian ibu bapa apabila deretan A yang diraih oleh anak muridnya. Apa akan para guru terima sekiranya anak murid menatang deretan C atau F? Pasti perut guru kembung dengan kritikan serta cemuhan daripada ibu bapa atau masyarakat.

Sebenarnya guru mula merungut kerana ibu bapa mula membuat tuduhan serta cemuhan yang guru tidak berdedikasi serta malas dalam pengajaran apabila keputusan anak-anak mereka tidak memuaskan. Begitulah sifat manusia, puji bila yang baik timbul tetapi mencemuh apabila apa yang diidamkan tidak menjadi. Para guru akan diukur berdasarkan prestasi murid-muridnya. Ini sebenarnya tidak adil sama sekali kerana ibu bapa juga harus memikul tanggung jawab bersama.

Zaman goyang kaki serta cuti panjang untuk guru sudah tidak wujud masa kini. Guru sebenarnya perlu melakukan lebih daripada yang sepatutnya, mereka rata-rata membawa kerja balik ke rumah malah ke tepi pantai (masa cuti sekolah) untuk disiapkan. Habuannya? Kebanyakan guru tidak mengharapkan sebarang habuan tetapi cuma keputusan yang baik serta masa depan murid-murid yang cerah itulah yang akan membuat guru ceria dan puas.

Profesion yang pada mulanya menjadi kerja yang disukai mereka pasti akan pudar dengan insiden-insiden yang tidak seimbang ini terjadi pada mereka. Sedangkan belaian pasangan yang dicintai itu menjadi renggang setelah berdekad berumahtangga inikan prefesion guru yang saban hari menerima lebih kritikan daripada pujian? Wahai pada mereka yang mencemuh di laur sana, apa peranan anda dalam mendidik anak-anak anda di rumah? Tepuk dada tanya selera.

Jadi bukanlah sifat guru untuk membuat rungutan yang tidak disenangi masyarakat tetapi ia cuma satu reaksi atau tindakbalas apabila masyarakat menilai prestasi guru berdasarkan tingkah laku serta prestasi anak-anak mereka. Sebenarnya ia cuma 'ngomel' saja!

No comments:

Post a Comment